Pertandingan penjenamaan nama masjid telah diadakan dan terbuka kepada semua penduduk kg gombak untuk menyertainya sempena bulan Ramadhan 1436 (2015). Terdapat 57 penyertaan telah diterima. AJK telah bersidang untuk memutuskan nama yang akan dipilih. Namun tiada satu pun nama yang sesuai dan berjaya memenangi pertandingan tersebut. AJK mengambil keputusan nama yang baru 'Almasyur' adalah mengambil sempena dan mengenang jasa tuan tanah ketika itu (Allahyarham Haji Masyur) yang telah bermurah hati mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid sedia ada. Oleh itu mulai sekarang nama masjid kita ialah 'Masjid Jamek Al Masyur' Kg. Gombak, 83020 Batu Pahat, Johor.
No comments:
Post a Comment