Ahli Jawatankuasa Masjid mengambil keputusan untuk membesarkan bangunan masjid sedia ada dengan kos belanja dianggarkan lebih kurang RM100,000.00. Oleh itu AJK memohon kepada mereka yang bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan derma/waqaf/infaq untuk kegunaan tersebut. Semua derma boleh diserahkan kepada Bendahari, Tuan Haji Mohamed Saleh bin Hj Suib atau terus masukkan ke akaun bank Masjid Jamek Kg. Gombak di Bank Islam Malaysia Berhad di no. 01032020509337. Jika tuan/puan ada sebarang pertanyaan/soalan sila email ke projuta@gmail.com
Antara lain tujuan pembesaran ialah untuk menambah ruang yang lebih luas kepada para jemaah yang sekarang semakin sempit, begitu juga memberi keselesaan yang lebih dan mencantikkan masjid yang telah berpuluh tahun tidak dibaiki.
Sumber kewangan untuk membiayai pembesaran masjid ialah dari sumbangan orang ramai dan sumbangan dari pihak-pihak tertentu yang baru dipohon, projek pembesaran tersebut lengkap atau tidak, cepat atau lambat benar-benar bergantung dari kesungguhan dan keikhlasan sumbangan orang ramai sahaja.
Selain dari itu, kita juga merancang untuk mengadakan kuliah-kuliah agama yang mana penceramahnya dari orang-orang ternama disamping berusaha untuk mengutip para hadirin yang sudi hadir dari kalangan umat islam seluruh daerah Batu Pahat.

No comments:
Post a Comment